HAi salam sume...da lme xtulis blog nie...tibe2 terlintas lak nk citer sal jodoh..Miang??mne de!!~sje isi mase lapang :)~hahaha...rmi gak mmber2 aq yg da kawin..ok la tu kn..JODOH da sampai..Smoge berbahagia ke akhir hayat..amin..aq ble?eh..silap2..:P...ok2..mesti bese dgr ayat ni kn??
"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu
adalah untuk wanita yang baik"
TERLINTAS GAK DLM KOTAK FIKIRAN NI (KALAU DUA2 JAHAT CMNE NK BIMBING KE ARAH KEBAIKAN?EHE..)<< komen skit :P
>>>nk komen ni <<<
Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan
bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.
hehehe...dlm hati wife die ("sabo jek laki aq ni...xpe la bang...tido2...shian abg penat.."):P
Pengantin spoting..n sempoi
"Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup
mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya"
------JODOH----
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
hurmmmm (pkir sat nk tulis pe)..
Ni yang aKU selalu pegang bila berada di luar sana,sangat penting untuk aku merenung.. menapis tiap tindakan..agar semuanya kelihatan mulus. Biar ianya bukan yang sempurna.. tapi asal dapat membahagiakan & menyenangkan..
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing-masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".
"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
ape2 pon dalam aspek jodoh ni juge...JODOH...
RESTU IBU BAPA adalah yg TERPENTING...
BERKAHWIN tanpa restu ibu bapa boleh diumpamakan bermusuh dengan kedua-duanya dan dianggap sebagai anak derhaka. Perkahwinan tanpa keredaan ibu bapa juga bererti tidak mendapat reda daripada Allah SWT dan lebih membimbangkan, mahligai yang dibina itu tidak diberkati.